Ari ni dah jumaat dah sekejapnya rasa masa bergerak. myb sebab ari isnin selasa aku cuti tu yang rasa sekejap kot. Pagi tadi aku teman juelyana pegi JPA amik surat pertukaran. Dia dapat tukar balik kampung kat kelantan. Suami dok sana so dia mintak la tukar sana lagupan dia memang orang sana gak pun. lama jugak la dia mintak sekarang baru dapat. Sume orang sedih pertukaran dia, yang paling sedih k.as sebab dia jiran yang paling dekat dengan jue dan paling rapat kot. Sabar ye k.as saya pun penah rasa macam tu dulu. time lyn dapat tukar. Aku la yang paling sedih (mcm la aku sorang kawan dia hihihi) siap mengadu kat adik lagi huhuhu sedih yang teramat la.
Dah petang ni aku tak tau nak buat ape. Keje ada cikit lagi tapi macam tak de mood plak nak buat. Boleh plak cam tu aku ni. Jap nanti aku buat la. Bukan tak buat lansung sebab memang aku je kena buat keje aku kan hahaha...Kena ganti orang help desk plak. Tak ape aku jaga dengan ikhlas hati tau hihihi.
Besok, lusa cuti tak tau nak pegi mane. Bosan gak dok umah tak ada buat pape huhuhu. Nak kuar dating  tak ada pakwe. Tadi aku ada pinjam novel so nanti boring boring aku baca la novel tu. Zila kata best nanti aku try la baca best ke tak.. Mesti la best orang dah cakap best, best la tak pecaya lagi ek. Aku ni memang hahaha. 
K la cukup sampai disini aku tulis ntah pape ni hihihi. Tak ada idea la weh. Aku ni selalu tak ada idea nak jugak buat blog macam orang len. Tak ape slow slow kan. 
p/s: Keje kena ikhlas, jangan bermalas malasan. nanti rezeki tak berkat nasihat untuk diri sendri hehehe...
 
No comments:
Post a Comment