Wednesday 16 May 2012

selamat hari ibu...

Dari kelmarin lagi aku ni bukak tutup bukak tutup blog tapi tak update update huhuhu
tak tau nak cite pasal apa..hari ni aku taip je ape yang ada kat kepala aku ni hihihi..
so layan je ye..

"SELAMAT HARI IBU"
hehehe tak sempat nak update sebelum ni lambat ckit je.
tapi aku dah call mak aku dah wish dah pun tau ari ahad (hari ibu)
sekali lagi wish dekat blog plak "selamat hari ibu ma" walaupun mak aku tak baca hahahaha
luv u n miss u 4ever.....

p/s: sayangilah ibu anda selagi beliau ada kat dunia ni sentiasa la call n balik  jenguk beliau kata kata ini untuk diri sendiri huhuhu

Tuesday 8 May 2012

hepi besday..hepi befday....

Malam tadi farah sambut besday anak dia, intan. Kami dijemput. aku tumpang k.sarah. thanx k.sarah tumpangkan saya. sampai sana dalam kul 8.30. Majlis blum mula lagi sebab tunggu kami ceh macam orang penting plak hahaha.. lepas tu acara tiup lilin. intan buat kelakar la plak time tu .sume orang gelak kat dia. comel weh hehehe... dah tiup lilin, selamat menjamu la ye. makanan pun banyak. macam macam ada.tuan rumah masak sediri tau. rajin betol. Kalau aku myb tempah je kot. paham paham je la hihihi

lepas makan makan, lepak lepak sambil borak borak kosong, biase la kami kalau dah jumpe macam dah tak jumpa kat ofis je. padahal hari hari jumpa kecuali sabtu ahad je hehehe.. sape yang dah kawen tu nasib la laki laki dorang hehehe..

Sedar tak sedar dah kul 10 lebih. baru kami berangkat pulang. kalau boleh nak je tido situ hehehe. malas nak balik huhuhu.. sampai umah solat isyak dulu lepas tu baru masuk tido..ngantoknye kalau cuti bestnye leh sambung tido pagi tadi huhuhu..

 Yes...yes... petang ni erobik. badan ni rasa macam dah naik je. asyik makan je huhuhu.

Friday 4 May 2012

Coret coret Jumaat

Ari ni dah jumaat dah sekejapnya rasa masa bergerak. myb sebab ari isnin selasa aku cuti tu yang rasa sekejap kot. Pagi tadi aku teman juelyana pegi JPA amik surat pertukaran. Dia dapat tukar balik kampung kat kelantan. Suami dok sana so dia mintak la tukar sana lagupan dia memang orang sana gak pun. lama jugak la dia mintak sekarang baru dapat. Sume orang sedih pertukaran dia, yang paling sedih k.as sebab dia jiran yang paling dekat dengan jue dan paling rapat kot. Sabar ye k.as saya pun penah rasa macam tu dulu. time lyn dapat tukar. Aku la yang paling sedih (mcm la aku sorang kawan dia hihihi) siap mengadu kat adik lagi huhuhu sedih yang teramat la.


Dah petang ni aku tak tau nak buat ape. Keje ada cikit lagi tapi macam tak de mood plak nak buat. Boleh plak cam tu aku ni. Jap nanti aku buat la. Bukan tak buat lansung sebab memang aku je kena buat keje aku kan hahaha...Kena ganti orang help desk plak. Tak ape aku jaga dengan ikhlas hati tau hihihi.


Besok, lusa cuti tak tau nak pegi mane. Bosan gak dok umah tak ada buat pape huhuhu. Nak kuar dating  tak ada pakwe. Tadi aku ada pinjam novel so nanti boring boring aku baca la novel tu. Zila kata best nanti aku try la baca best ke tak.. Mesti la best orang dah cakap best, best la tak pecaya lagi ek. Aku ni memang hahaha.

K la cukup sampai disini aku tulis ntah pape ni hihihi. Tak ada idea la weh. Aku ni selalu tak ada idea nak jugak buat blog macam orang len. Tak ape slow slow kan.

p/s: Keje kena ikhlas, jangan bermalas malasan. nanti rezeki tak berkat nasihat untuk diri sendri hehehe...

Wednesday 2 May 2012

                                                       Kekurangan Itu Kelebihan  




"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!

ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"

Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.

nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."

copy n paste dari:-
- Artikel iluvislam.com

Thursday 19 April 2012

Putus CINTA

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.
Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.
Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.
Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Thursday 12 April 2012

kenangan

Sekarang aku masih bekerja kat bpp (bahagian pinjaman perumahan) staff sambilan je.. aku start keje pada tahun 2007 bulan 7 . kiranya dah nak masuk lima tahun aku keje kat sini upenya lama la gak kan... aku pun tak tau bila la aku akan dapat keje tetap.. tak apa la redha kalau aku sambilan je kat sini.. iya la sekarang bukan senang nak dapat keje. aku patutnya bersyukur kan  (hati ikhlas).  ramai lagi kat luar yang menganggur. yang ada ijazah, diploma pun terpaksa keja kilang, keje kat kedai kedai, pasaraya, sekarang memang tak bole memilih keje dah, keje je apa apa pun. yang penting halal kan. apatah lagi aku yang hanya ada sijil SPM je.
 
aku pada tahun 2008 kot baju ni aku dah tak pakai dah corak lama ceh...muka budak lagi hehehe



ok berbalik kepada pasal kat tempat keje aku. dulu penempatan aku di bilik fail sebelah dengan seksyen baucer .sebulan je aku kat situ aku mintak tukar . aku bosan sebab tak ada kawan, lagipun keje tak banyak aku banyak buang masa je.seingat aku tima tu aku cuti naik je dari cuti  aku  dimaklum oleh cc aku ditukar ke seksyen laen (baucer) aku suka sangat sangat. bila masuk seksyen baucer aku stess plak. kejenya amk oi  susah gila. mula mula aku cam nak berenti je. kakak aku bagi semangat suh aku banyak banyk bersabar nanti lama lama ok la. so aku bersabar jela. lepas tu bila aku paham dengan keje aku baru la aku ok. aku seronok plak. biasa la kan mula mula memang susah sebab kte tak tau . blajar dulu baru paham hehehe.. 


sampai sekarang aku still lagi kat baucer, keje pun selalu bertukar tukar termasuk kawan.  yang  rapat dengan aku dulu sume dah bertukar.ada yang balik kampung bestkan dorang, dapat keje yang lebih bagus (yang sambilan).. rezeki masing masing kan.. dulu aku rapat dengan ina , k.nana, k.nor, ita.lepas tu dorang dapat keje laen.tinggal aku dengan ita je. lepas tu  ita plak  kena tukar seksyen laen (bf2) tinggal la aku sorang sorang kat baucer .ramai la kawan kawan aku lyn , pun dapat tukar balik sarawak..sedih sangat time tu.myb sebab kami rapat sangat. pegi keje balik keje dengan dia. hujung minggu kteorang kuar sama sama, lepak sama sama.. sekarang aku kawan je dengan sape sape yang nak kawan dengan aku..tak nak rapat sangat nanti aku yang sedih huhuhu.dulu mase rusiah belom kawen kami slalu gak kuar lepak sama sama.sekarang dia dah kawen dah ada anak dah pun. aku paham hehe.. rindu rasa bila teringat kenangan dulu dulu bahagianya hehehe...kat bawah adalah gamba gamba kenangan aku dengan dorang..


ni kawan kawan aku,sekarang dorang dah tak keje bpp dah..tinggal la aku sorang je sekarang huhuhu...(aku , ina n adlin sume baya dengan aku)


ita aku n ina...makan kat A&W alamanda putrajaya.

ina n aku..dia pun dah tak keje kat sini..dapat balik kampung bestnya..


aku dan lyn..dia pun sama balik kampung kat sarawak...dia la orang yang aku paling rapat..rindu kamu huhuhu..




start awal tahun 2011 aku dah tak sewa bilik, aku duk dengan kakak aku yang sulong..aku malas nak sewa bilik.duk dengan kakak jumat sikit hehehe (simpan duit nak kawen hahaha).


tu serba sedikit kisah aku dulu dulu.. banyak lagi nak cite sebenarnya.. nanti la kalau aku ada masa aku nak citer pasal keje di tempat lama pulak hehehe.. 











Wednesday 11 April 2012

bosan ah..

aku ni memang suka baca blog orang..tapi aku rasa orang tak suka baca blog aku.hahaha..pandai dorang karang..aku ni tak pandai nk karang.kalau karang pun yang simple simple je.orang pun tak ada mood nak baca aku punya blog.tapi aku tak kisah.aku tulis je apa yang aku rasa nak tulis hihihi..

aku nak citer pasal diri aku pun aku malas.tapi buat nak citer pasal aku tak ada pape pun yang best pasal aku.aku xde pape pn.xde yang menarik pun pasal aku ni.aku just manusia biasa je yang sentiasa melakukan kesilapan..hehehe..

bila baca blog orang aku mesti gelak sorang sorang.tu maknanya blog dorang best,menarik..blog aku jgak yang suram..huhuhu..sabar sabar kne baiki lagi kelemahan aku ni..

ok la smpai disini je dapat ku coretkan tuk pembaca pembaca blog aku (ada ke hahaha)