Wednesday, 16 May 2012

selamat hari ibu...

Dari kelmarin lagi aku ni bukak tutup bukak tutup blog tapi tak update update huhuhu
tak tau nak cite pasal apa..hari ni aku taip je ape yang ada kat kepala aku ni hihihi..
so layan je ye..

"SELAMAT HARI IBU"
hehehe tak sempat nak update sebelum ni lambat ckit je.
tapi aku dah call mak aku dah wish dah pun tau ari ahad (hari ibu)
sekali lagi wish dekat blog plak "selamat hari ibu ma" walaupun mak aku tak baca hahahaha
luv u n miss u 4ever.....

p/s: sayangilah ibu anda selagi beliau ada kat dunia ni sentiasa la call n balik  jenguk beliau kata kata ini untuk diri sendiri huhuhu

Tuesday, 8 May 2012

hepi besday..hepi befday....

Malam tadi farah sambut besday anak dia, intan. Kami dijemput. aku tumpang k.sarah. thanx k.sarah tumpangkan saya. sampai sana dalam kul 8.30. Majlis blum mula lagi sebab tunggu kami ceh macam orang penting plak hahaha.. lepas tu acara tiup lilin. intan buat kelakar la plak time tu .sume orang gelak kat dia. comel weh hehehe... dah tiup lilin, selamat menjamu la ye. makanan pun banyak. macam macam ada.tuan rumah masak sediri tau. rajin betol. Kalau aku myb tempah je kot. paham paham je la hihihi

lepas makan makan, lepak lepak sambil borak borak kosong, biase la kami kalau dah jumpe macam dah tak jumpa kat ofis je. padahal hari hari jumpa kecuali sabtu ahad je hehehe.. sape yang dah kawen tu nasib la laki laki dorang hehehe..

Sedar tak sedar dah kul 10 lebih. baru kami berangkat pulang. kalau boleh nak je tido situ hehehe. malas nak balik huhuhu.. sampai umah solat isyak dulu lepas tu baru masuk tido..ngantoknye kalau cuti bestnye leh sambung tido pagi tadi huhuhu..

 Yes...yes... petang ni erobik. badan ni rasa macam dah naik je. asyik makan je huhuhu.

Friday, 4 May 2012

Coret coret Jumaat

Ari ni dah jumaat dah sekejapnya rasa masa bergerak. myb sebab ari isnin selasa aku cuti tu yang rasa sekejap kot. Pagi tadi aku teman juelyana pegi JPA amik surat pertukaran. Dia dapat tukar balik kampung kat kelantan. Suami dok sana so dia mintak la tukar sana lagupan dia memang orang sana gak pun. lama jugak la dia mintak sekarang baru dapat. Sume orang sedih pertukaran dia, yang paling sedih k.as sebab dia jiran yang paling dekat dengan jue dan paling rapat kot. Sabar ye k.as saya pun penah rasa macam tu dulu. time lyn dapat tukar. Aku la yang paling sedih (mcm la aku sorang kawan dia hihihi) siap mengadu kat adik lagi huhuhu sedih yang teramat la.


Dah petang ni aku tak tau nak buat ape. Keje ada cikit lagi tapi macam tak de mood plak nak buat. Boleh plak cam tu aku ni. Jap nanti aku buat la. Bukan tak buat lansung sebab memang aku je kena buat keje aku kan hahaha...Kena ganti orang help desk plak. Tak ape aku jaga dengan ikhlas hati tau hihihi.


Besok, lusa cuti tak tau nak pegi mane. Bosan gak dok umah tak ada buat pape huhuhu. Nak kuar dating  tak ada pakwe. Tadi aku ada pinjam novel so nanti boring boring aku baca la novel tu. Zila kata best nanti aku try la baca best ke tak.. Mesti la best orang dah cakap best, best la tak pecaya lagi ek. Aku ni memang hahaha.

K la cukup sampai disini aku tulis ntah pape ni hihihi. Tak ada idea la weh. Aku ni selalu tak ada idea nak jugak buat blog macam orang len. Tak ape slow slow kan.

p/s: Keje kena ikhlas, jangan bermalas malasan. nanti rezeki tak berkat nasihat untuk diri sendri hehehe...

Wednesday, 2 May 2012

                                                       Kekurangan Itu Kelebihan  




"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!

ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"

Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.

nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."

copy n paste dari:-
- Artikel iluvislam.com